Tuesday 15 April 2014

Pelajar UNIMAS Kutip Wang Bantu Program 1Ringgit,1Nation

Sebanyak RM14,014.00 berjaya dikumpul oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan telah diserahkan kepada Jawatankuasa Program 1 Ringgit, 1 Nation pada 14 April 2014.

Kutipan wang telah berjalan selama dua minggu bermula dari 10 hingga 24 Mac lepas dengan 70 orang sukarelawan daripada Kolej Kediaman Cempaka UNIMAS turun ke padang mendapatkan kutipan wang daripada pelajar universiti ini.

Majlis penyerahan replika cek telah dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni Universiti Teknologi Malaysia merangkap Penasihat Khidmat Masyarakat 1 Ringgit, 1 Nation, Profesor Mohd Ismail Abdul Aziz.

Program yang bertemakan ‘Hulurkan tangan ringankan beban’, merupakan sebuah program usahasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman Cempaka Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi membantu golongan gelandangan di seluruh Malaysia.

Objektif penganjuran 1 Ringgit, 1 Nation adalah membantu golongan yang kurang bernasib baik, selain memupuk dan mengukuhkan diri dalam aspek kemasyarakatan.

Seramai 20 orang sukarelawan 1 Ringgit, 1 Nation terdiri daripada 10 pelajar UNIMAS dan 10 pelajar UTM akan ke Medan, Indonesia pada 24 April ini bagi menjalankan aktiviti khidmat masyarakat kepada gelandangan di sana.

Dianggarkan, seramai 350 orang gelandangan yang ada di Semenanjung Malaysia dan 400 orang gelandangan akan diberi bantuan berupa makanan dan barangan keperluan asas seperti berus gigi, sabun, pakaian, selimut dan sebagainya.

Sumber berita dari Laman Web UNIMAS, klik di sini .
Gambar-gambar Majlis Penyerahan Sumbangan 1 Ringgit 1 Nation Peringkat UNIMAS, klik di sini .
Montaj 1 Ringgit 1 Nation, klik di sini .

0 comments:

Post a Comment