Soalan Kerap Ditanya (FAQ)

AM

SOALAN : Bilakah Kolej Cempaka ditubuhkan?
JAWAPAN : Kolej Cempaka dibuka secara rasmi pada 1 Julai 2007

SOALAN : Siapakah yang bertanggungjawab dalam memastikan pentadbiran kolej kediaman dan bagaimana untuk menghubungi mereka?
JAWAPAN : Kolej Cempaka mempunyai Bahagian Pengurusan diketuai oleh Pengetua dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) yang diketuai oleh Presiden JPK. Klik di sini untuk melihat carta organisasi.

SOALAN : Berapa kapasiti penghuni dalam satu-satu rumah dan apakah kemudahan yang disediakan dalam rumah tersebut?
JAWAPAN : Sebuah rumah atau apartment di Kolej Cempaka UNIMAS mempunyai lima buah bilik, dua bilik mandi dan dua tandas di luar bilik, dua sinki, ruang tamu kecil dengan sebuah meja makan, sebuah dapur kecil dengan satu sinki dan tempat menyidai pakaian .

Lima bilik di sebuah rumah atau apartment terbahagi kepada dua bilik katil single, dua bilik double iaitu dua katil single, dan satu bilik dengan satu katil single dan satu katil dua tingkat .


SOALAN : Adakah Kolej Cempaka mempunyai rumah atau apartmen untuk golongan Orang Kurang Upaya?
JAWAPAN : Kolej Cempaka UNIMAS juga adalah kolej mesra OKU dengan menyediakan rumah yang mempunyai bilik mandi dan tandas yang sama dengan ciri-ciri mesra OKU.

SOALAN : Apakah peralatan yang boleh dan tidak boleh dibawa ke dalam rumah?
JAWAPAN : Peralatan yang dibenarkan adalah telefon bimbit dan pengecaj, komputer riba dan pengecaj seorang satu unit, seterika 2 unit kongsi serumah, televisyen kecil satu unit kongsi serumah, cerek elektrik 1.5 liter 2 unit kongsi serumah, dan printer.

Tidak dibenarkan membawa alatan memasak dan mesin basuh. Peti sejuk hanya dibenarkan kepada pelajar yang menggunakan insulin dan mendapat pengesahan doktor dan kebenaran Pengetua Kolej. Selain peralatan yang disebutkan, perlu memohon kelulusan dari pejabat kolej. Sebarang pindaan berkaitan peralatan adalah tertakluk dari semasa ke semasa .

SOALAN : Adakah terdapat perkhidmatan wifi di kolej?
JAWAPAN : Ada, tetapi tahap capaian mengikut lokasi, dan berapa ramai pengguna wifi pada masa tersebut. Perkhidmatan ini akan terus melalui peningkatan dari semasa ke semasa.

SOALAN : Apakah broadband yang sesuai untuk saya gunakan jika berada di kolej?
JAWAPAN : Kami mencadangkan untuk menggunakan Maxis, Celcom dan Digi untuk broadband. Kemudahan membayar bil bagi Maxis juga disediakan di Student Pavillion.

SOALAN : Berapakah jarak antara kolej dengan fakulti ?
JAWAPAN : 5 hingga 10 minit berjalan kaki daripada kolej ke FSKPM, FSS, FEP, FSGK dan Pusat Pengajian Bahasa, 10 hingga 15 minit berjalan kaki daripada kolej ke FSKTM, FSTS dan FK .

SOALAN : Adakah saya boleh membawa kenderaan bermotor di UNIMAS dan Kolej Cempaka?
JAWAPAN : Pelajar Tahun Satu tidak boleh mendapatkan pas kenderaan pelajar seterusnya tidak dibenarkan membawa kenderaan bermotor pada tahun pertama pengajian. Pas kenderaan pelajar boleh dipohon mulai tahun kedua pengajian sahaja di Bahagian Keselamatan. Sekiranya kenderaan bermotor tiada pas kenderaan pelajar, tindakan saman dan clamp kenderaan boleh dikenakan.

SOALAN : Berapakah yuran kolej yang dikenakan kepada pelajar?
JAWAPAN : Sila semak di pautan Butiran Yuran Pelajar Semasa, klik di sini.

KESELAMATAN DAN KECEMASAN

SOALAN : Sekiranya menghadapi masalah kecemasan di kolej kediaman selepas waktu pejabat, siapakah yang boleh dihubungi?
JAWAPAN : Warga kolej boleh menghubungi Felo bertugas atau Exco Kebajikan dan Kemudahan JPK Cempaka

SOALAN : Apakah prosedur untuk menghubungi Felo bertugas?
JAWAPAN : Sila hantarkan butiran nama, no matrik, no bilik dan tujuan atau masalah melalui SMS ke nombor telefon felo bertugas. Bagi hal kecemasan, hantarkan butiran yang dinyatakan sebelum menelefon felo bertugas.

SOALAN : Saya tertinggal kunci bilik di dalam bilik. Siapa yang harus dihubungi?
JAWAPAN : Peminjaman kunci pendua boleh dibuat melalui melalui Kaunter Perkhidmatan Kolej pada waktu pejabat. Peminjaman kunci pendua selain daripada waktu pejabat adalah melalui felo bertugas pada jam 9 malam hingga 9.30 malam, Isnin hingga Jumaat manakala hari Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah mengikut budi bicara felo bertugas. Sila ambil maklum, peminjaman kunci pendua adalah BUKAN termasuk kes kecemasan. Peminjaman kunci pendua lebih dari tiga kali boleh menyebabkan anda didenda.

SOALAN : Sekiranya Felo dan JPK gagal dihubungi, siapakah yang boleh dihubungi dengan segera?
JAWAPAN : Warga kolej boleh menghubungi Bahagian Keselamatan UNIMAS di talian 082-581 999. Talian ini adalah untuk kes-kes kecemasan seperti sakit yang kritikal dan perkara berkaitan sahaja.

SOALAN : Bagaimana untuk mengetahui Jadual Bertugas Felo?
JAWAPAN : Jadual Bertugas Felo ditampal di pintu Pejabat Kolej, pintu Kaunter Perkhidmatan Kolej dan di papan kenyataan kolej.

JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ CEMPAKA

Akan dikemaskini

PERMOHONAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN
*Semester 1 2015/2016

SOALAN : Apakah syarat-syarat untuk dipertimbangkan bagi mendapat kolej kediaman bagi semester berikutnya?
JAWAPAN : Pelajar perlu menghadiri program-program yang dikendalikan oleh kolej kediaman dan mendapatkan kupon merit daripada program yang disertai, membuat Pra-Pendaftaran Penginapan Secara Atas Talian dan menghantar Buku Kehadiran Aktiviti Pelajar, selain menjaga tingkah laku dan bebas daripada membuat kesalahan di kolej kediaman.

Kapasiti penempatan pelajar semasa di kolej kediaman adalah bergantung kepada Mesyuarat Penyelarasan dan Pengagihan Pelajar Baru.

SOALAN : Bilakah Pra-Pendaftaran Penginapan Secara Atas Talian dibuka?
JAWAPAN : Pra-Pendaftaran Penginapan Secara Atas Talian dijangka akan dibuka bermula 20 April 2015 hingga 17 Mei 2015 selama 4 minggu. Pra-pendaftaran boleh dilakukan di ePelajar UNIMAS, di bawah Application of Residential College.

SOALAN : Bilakah tarikh menghantar Buku Kehadiran Aktiviti Pelajar?
JAWAPAN : Buku Kehadiran Aktiviti Pelajar dijangka boleh mula dihantar di Kaunter Perkhidmatan Kolej pada 25 Mei hingga 29 Mei 2015 selama 5 hari.

SOALAN : Bilakah tarikh Senaraijaya Penginapan Semester akan dikeluarkan?
JAWAPAN : Senaraijaya Penginapan Semester 1 2015/2016 dijangka akan dikeluarkan pada 16 Jun 2015 melalui papan notis dan laman ePelajar UNIMAS. Pelajar dikehendaki untuk menerima atau menolak tawaran penginapan di ePelajar UNIMAS. Gagal untuk berbuat demikian dianggap tidak berminat untuk menduduki kolej kediaman pada semester hadapan.

SOALAN : Sekiranya saya terlepas daripada melakukan salah satu, atau kesemua prosedur (Pra-Pendaftaran Penginapan Secara Atas Talian dan penghantaran Buku Kehadiran Aktiviti Pelajar), adakah saya boleh mendapat kolej kediaman pada semester berikutnya?
JAWAPAN : Disebabkan sistem adalah janaan melalui komputer, anda adalah tidak layak untuk mendapatkan kolej pada semester hadapan. Namun begitu, pelajar boleh mengemukakan rayuan di ePelajar UNIMAS di bawah Application of Residential College bermula hari senaraijaya dikeluarkan.selama dua minggu.

SOALAN : Bilakah pelajar boleh mengemukakan rayuan penginapan?
JAWAPAN : Rayuan penginapan boleh dikemukakan di ePelajar UNIMAS di bawah Application of Residential College bermula 16 Jun hingga 30 Jun 2015 selama dua minggu.

SOALAN : Bilakah tarikh Senaraijaya Rayuan Penginapan Semester akan dikeluarkan?
JAWAPAN : Tarikh senaraijaya Rayuan Penginapan Semester 1 2015/2016 akan dimaklumkan kemudian.

PENDAFTARAN MASUK KOLEJ BAGI PELAJAR BAHARU
*Semester 1 2015/2016

SOALAN : Bilakah pendaftaran kolej bagi pelajar baharu ambilan 2015/2016 ?
JAWAPAN : Pelajar baharu ambilan 2015/2016 akan mula mendaftar di kolej kediaman bermula 1 September dan 2 September 2015.

SOALAN : Adakah saya boleh memilih rakan untuk tinggal dalam bilik atau rumah yang sama?
JAWAPAN : Memandangkan senarai penghuni dijana secara rawak menggunakan komputer, tidak boleh memilih rakan untuk tinggal dalam bilik atau rumah yang sama.

SOALAN : Saya mendaftar di Kolej Cempaka pada 1 September / 2 September, bolehkah saya keluar untuk membeli barangan di luar UNIMAS?
JAWAPAN : Anda boleh keluar dari UNIMAS, tetapi wajib pulang ke kolej semula sebelum jam 5 petang, 2 September 2014 kerana pada sebelah malamnya MAP telah bermula. Sila maklumkan kepada Liaison Officer (LO) dengan mengisi borang yang akan disediakan pada hari pendaftaran nanti. Selain daripada mencari keperluan di luar UNIMAS, ibu bapa dan para pelajar juga boleh ke Student Pavillion untuk mendapatkan barangan dan kelengkapan diri.

PENDAFTARAN MASUK KOLEJ BAGI PELAJAR SEMASA
*Semester 2 2014/2015

SOALAN : Bilakah pelajar semasa Kolej Cempaka boleh mendaftar di kolej kediaman?
JAWAPAN : Pendaftaran kolej kediaman adalah bermula pada 21 Februari selama 14 hari. Gagal mendaftar pada tempoh yang dinyatakan akan menyebabkan tawaran penempatan di kolej kediaman akan dibatalkan serta merta.

SOALAN : Bagaimanakah prosedur untuk mendaftar masuk kolej kediaman?
JAWAPAN : Pelajar perlu datang ke Kaunter Perkhidmatan Kolej pada waktu pejabat, mengikuti kod pemakaian yang bersesuaian, mempamerkan kad matrik, membawa dua gambar berukuran passport, dan tandatangan pada Buku Daftar Masuk selepas menerima kunci bilik. Pelajar juga akan menerima Borang Rekod Inventori Bilik Pelajar,Pelekat Penginapan Pelajar dan Borang Pendaftaran Penghuni Kolej untuk diisi dan dihantar selewat-lewatnya pada 27 Februari 2015.

SOALAN : Saya tidak sempat untuk mendaftar masuk kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Adakah saya dibenarkan untuk mewakilkan rakan saya untuk mengambil kunci?
JAWAPAN : Tidak boleh mewakilkan rakan untuk mengambil kunci.

SOALAN : Adakah Kaunter Perkhidmatan Kolej Cempaka dibuka pada hujung minggu untuk pendaftaran?
JAWAPAN : Kaunter Perkhidmatan Kolej Cempaka dibuka pada 21 Februari (Sabtu) dan 22 Februari 2015 (Ahad) bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang bagi urusan pendaftaran. Bagi pendaftaran masuk selepas waktu pejabat pada tarikh yang dinyatakan, sila hubungi felo bertugas untuk peminjaman kunci pendua. Selain daripada tarikh ini, pendaftaran adalah pada hari pejabat sahaja.

SOALAN : Bilakah caj penginapan akan dikenakan kepada penghuni kolej?
JAWAPAN : Caj penginapan akan dikira bermula 23 Februari, selaras mengikut sistem pendaftaran kolej secara atas talian.

SOALAN :  Bilakah penghuni kolej boleh membayar yuran kolej kediaman dan di manakah lokasi untuk membayar yuran kolej kediaman?
JAWAPAN : Yuran kolej kediaman boleh dijelaskan di Unit Kewangan Pelajar, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS bermula 25 Februari 2015. Warga kolej boleh menyemak yuran kolej kediaman di ePelajar UNIMAS pada bahagian Clearance.

SOALAN : Adakah saya boleh memilih rakan untuk tinggal dalam bilik atau rumah yang sama?
JAWAPAN : Memandangkan senarai penghuni dijana secara rawak menggunakan komputer, tidak boleh memilih rakan untuk tinggal dalam bilik atau rumah yang sama.

SOALAN : Saya akan menghadiri Majlis Ikrar Pelajar (MIP). Bolehkah saya mendaftar masuk lebih awal dan bagaimana caj dikenakan?
JAWAPAN : Boleh mendaftar masuk lebih awal, tetapi akan dikenakan caj penginapan masa cuti. Caj akan dikenakan bermula daripada daftar masuk. Pembayaran boleh dibuat di Unit Kewangan Pelajar, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS.

SOALAN : Disebabkan masalah teknikal, saya terpaksa pulang ke UNIMAS lebih awal. Bolehkah saya mendaftar masuk lebih awal?
JAWAPAN : Tidak boleh mendaftar masuk lebih awal disebabkan penyelenggaraan bangunan masih dijalankan sehingga 22 Februari. Pelajar hanya dibenarkan mendaftar bermula pada 21 Februari, jam 8 pagi. Senarai nama daripada Pusat Khidmat Pelajar dan Liaison Officer (LO) MAP yang akan digunakan untuk pelajar yang dibenarkan menginap kolej kediaman lebih awal hanya untuk pelajar yang menghadiri MIP sahaja.

SOALAN : Adakah saya akan didenda jika mendaftar selepas tarikh 22 Februari?
JAWAPAN : Tidak. Namun pendaftaran masuk kolej kediaman adalah dalam tempoh 14 hari bermula 21 Februari 2015.

SOALAN : Apakah yang menghalang pelajar daripada mendaftar masuk ke kolej kediaman?
JAWAPAN : Pelajar boleh dihalang daripada mendaftar masuk sekiranya tidak mempamerkan kad matrik, berpakaian tidak sopan seperti berseluar pendek serta tidak menjelaskan denda kolej kediaman seperti tidak memulangkan kunci bilik pada semester sebelumnya.

PENDAFTARAN KELUAR KOLEJ KEDIAMAN
*Semester 2 2014/2015

Akan dikemaskini

PENYIMPANAN DAN PENGAMBILAN BARANGAN DI STOR SEMASA CUTI
*Semester 1 2014/2015

SOALAN : Berapakah kadar harga penyimpanan barangan di Kolej Cempaka?
JAWAPAN : Kadar harga penyimpanan barangan adalah seperti berikut -

3 item pertama - RM3 (satu item RM1)
Item keempat dan seterusnya - RM0.50
Basikal - RM1
Baldi kosong dan peralatan kecil - percuma

Perkiraan harga penyimpanan barangan adalah melalui budi bicara petugas stor.

SOALAN : Adakah harga penyimpanan barangan di Kolej Cempaka adalah sama bagi semua kolej kediaman UNIMAS?
JAWAPAN : Harga penyimpanan barangan di stor bagi semua kolej kediaman adalah tidak sama. Harga penyimpanan barangan di Kolej Cempaka adalah antara yang termurah berbanding kolej kediaman lain, selain daripada tempoh penyimpanan dan ruangan penyimpanan yang lebih besar. Harga penyimpanan barangan di Kolej Cempaka telah dipersetujui oleh Pengetua Kolej dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS melalui kertas kerja yang dihantar setiap semester.

SOALAN : Adakah saya dibenarkan untuk menghantar barangan tambahan pada hari yang berbeza?
JAWAPAN : Boleh, sila bawa resit penyimpanan barangan semasa ingin menghantar barang tambahan untuk tujuan rekod.

SOALAN : Saya tertinggal dokumen penting di dalam stor penyimpanan barangan. Siapakah yang boleh saya hubungi?
JAWAPAN : Pelajar boleh menghubungi petugas stor yang telah dinyatakan dalam Jadual Bertugas Stor Penyimpanan Barangan. Namun begitu, pembukaan stor bagi kes-kes kecemasan adalah bergantung kepada budi bicara petugas stor. Pelajar diingatkan untuk tidak meninggalkan barangan yang penting seperti dokumen pengenalan diri di stor penyimpanan barangan.

SOALAN : Saya tidak dapat menyimpan barangan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Adakah saya boleh memohon untuk dibuka pada tarikh dan masa, selain daripada yang dijadualkan?
JAWAPAN : JPK Cempaka tidak dapat membantu untuk membuka stor penyimpanan barangan selain daripada tarikh yang dijadualkan disebabkan komitmen JPK Cempaka selaku petugas stor. Sila rancang penyimpanan dan pengambilan barangan anda dengan bijak berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.

SOALAN : Saya terpaksa mengambil barangan lewat daripada jadual yang telah ditetapkan. Bilakah tarikh pengambilan barangan dan berapakah denda yang dikenakan?
JAWAPAN : Denda yang dikenakan adalah sebanyak RM10 sahaja. Tarikh pengambilan barangan lewat akan ditentukan kemudian.

SOALAN : Saya kehilangan resit penyimpanan barangan. Berapakah denda yang dikenakan?
JAWAPAN : Denda yang dikenakan adalah sebanyak RM15 sahaja.

SOALAN : Apakah yang akan berlaku kepada barangan saya sekiranya tidak dituntut selepas tarikh pengambilan barangan lewat?
JAWAPAN : Barangan anda akan dilupuskan serta merta. Pihak JPK Cempaka tidak bertanggungjawab atas pelupusan barangan akibat kegagalan pelajar menuntut barangan selepas tarikh yang dinyatakan.

SOALAN : Bagaimana untuk mengetahui Jadual Bertugas Stor Penyimpanan Barangan?
JAWAPAN : Jadual Bertugas Stor Penyimpanan Barangan boleh disemak di papan kenyataan kolej dan di Facebook MEDIACempaka .

LAIN-LAIN

SOALAN : Bagaimana untuk menghubungi Pejabat Kolej?
JAWAPAN : Pelajar boleh menghubungi Pejabat Kolej di talian 082-581 900.

SOALAN : Bagaimana untuk menghubungi pihak pengurusan dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka melalui media sosial?
JAWAPAN : Pelajar boleh melayari http://www.facebook.com/MEDIACempaka atau http://www.facebook.com/groups/KolejCempakaUNIMAS .

dikemaskini pada 22 Februari 2015 // EPM