Tuesday 15 April 2014

MAPU 2014 : Saudari Nik Azma, Konsert Kembara Sufi terbaik

Timbalan Presiden 2 Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka 2013/2014, Saudari Nik Azma Nik Day berjaya memenangi Anugerah Pengarah Projek Terbaik menerusi Program Menjana Transformasi Kepimpinan dalam Majlis Anugerah Pelajar UNIMAS 2014 yang berlangsung pada 14 April yang lalu. Hadiah disampaikan oleh Prof Dr Kopli Bujang.

Turut sama menerima kejayaan dalam MAPU 2014 adalah Konsert Kembara Sufi 2013 yang berjaya menerima Anugerah Rafflesia, sebuah anugerah menghargai projek yang mempunyai pengurusan dan pelaksanaan terbaik. Pengarah Program Konsert Kembara Sufi, Saudara Muhammad Arif Bin Mohd Radzi menerima hadiah daripada Naib Canselor UNIMAS, Prof Dato' Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Majlis Anugerah Pelajar UNIMAS berlangsung pada 14 April, bermula jam 8.30 malam di Arena Gemilang DeTAR PUTRA. MAPU tahun ini mempertandingkan 32 anugerah yang mengiktiraf program dan projek terbaik, organisasi dan kelab terbaik serta individu terbaik. Selain persembahan daripada kelab kebudayaan dan kesenian daripada kolej-kolej kediaman UNIMAS, turut mencuri perhatian adalah kehadiran penyanyi Najwa Latiff yang menyanyikan 5 buah lagu .


0 comments:

Post a Comment