Sunday 30 March 2014

Cinta Bumi 2014 : 3 aktiviti dalam 1 program

29 Mac 2014, bersempena dengan Earth Hour yang disambut seluruh dunia Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka 2013/2014 di bawah Exco Publisiti dan Media JPK Cempaka menganjurkan Cinta Bumi 2014. Bertemakan 'Ummah Memakmur Bumi Satu Kewajipan', 3 aktiviti telah dijalankan bermula jam 7 pagi hingga jam 11.45 malam.

Larian Perdana Cempaka menjadi aktiviti pertama program Cinta Bumi dengan penyertaan daripada warga Kolej Cempaka dan kolej kediaman yang lain dengan sambutan yang menggalakkan. Pendaftaran peserta telah bermula seawal jam 7 pagi di Tempat Letak Kereta Kolej Cempaka. Pelepasan peserta telah berlangsung jam 8 pagi.

Jam 10.30 pagi pula, telah berlangsung Majlis Pelancaran Cinta Bumi 2014 yang berlangsung di Dataran Kolej Cempaka. Majlis Pelancaran telah dihadiri oleh Encik Shahron Saman, Felo Kolej Cempaka. Beliau memuji penganjuran program sebegini dan mengharapkan agar program Cinta Bumi dapat dijadikan sebagai acara tahunan Kolej Cempaka. Beliau seterusnya memotong kain rentang bersama Saudara Emir Farhan Fadzli selaku Presiden JPK Cempaka 2013/2014.

Beliau kemudian menyampaikan hadiah kepada pemenang Street Photography Challenge yang berlangsung 22 Mac yang lalu serta pemenang Larian Perdana Cempaka.

Aktiviti Derma Darah berlangsung serentak dengan Majlis Pelancaran Cinta Bumi 2014 di Bilik Rekreasi Kolej Cempaka. Ternyata warga Kolej Cempaka dan warga UNIMAS begitu prihatin dengan aktiviti derma darah yang amat menggalakkan. Aktiviti Derma Darah ini telah mendapat kerjasama Hospital Serian dan Bank Rakyat Kota Padawan. Aktiviti ini berlangsung sehingga jam 4 petang.

Pada sebelah malam pula, berlangsung Forum Perdana dengan tajuk 'Ummah Memakmur Bumi' dan Majlis Penutupan Ikon Muda BAMM 2.0 di Arena Gemilang DeTAR PUTRA UNIMAS. Antara tetamu jemputan yang hadir adalah Dr. Halim Busairi, Pengarah Pusat Islam; Encik Mazdan Ali Amaran, Felo Kolej Cempaka; Naqib dan Naqibah Ikon Muda BAMM 2.0 serta Pengarah Program Cinta Bumi 2014, Saudara Muhammad Arif Bin Mohd Radzi.

Panelis jemputan yang hadir dalam Forum Perdana 'Ummah Memakmur Bumi' adalah Imam Muda Hassan, Imam Muda Nazrul dan Pencetus Ummah Rahmat sementara Saudara Muhammad Saufi selaku moderator. Forum yang berlangsung selama dua jam ini ternyata membuatkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk kerana pengisian yang padat serta unsur-unsur humor yang diselitkan. Persembahan daripada 12 Ikon Muda berlangsung selepas Forum Perdana, dengan pelbagai jenis persembahan yang ditampilkan oleh mereka.

Gambar Cinta Bumi 2014, klik di sini .

0 comments:

Post a Comment