Street Photography Challenge berlangsung pada 22 Mac 2014 di sekitar Waterfront Kuching. Seramai lebih 15 peserta pertandingan telah menyertai pertandingan ini. Peserta pertandingan terdiri daripada warga Kolej Cempaka, kolej kediaman yang lain serta penetap luar.
Peserta berkumpul di Dataran Kolej Cempaka jam 8 pagi, dan mula menaiki bas bagi melengkapkan cabaran pertandingan jam 8.30 pagi. Peserta tiba di lokasi pertandingan jam 9.45 pagi dan diberikan tugasan oleh Pengarah Program, Saudara Muhammad Arif Abdul Hamid. Peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan mengambil gambar di sekitar Waterfront dan Indian Street dengan tema 'Reaksi Manusia.'
Peserta Street Photography Challenge amat bertuah kerana pada masa pertandingan dijalankan, Nikon Malaysia bermurah hati untuk memberikan cenderahati kepada pelajar UNIMAS yang juga pengguna Nikon.
Peserta pulang semula ke UNIMAS jam 1.30 tengah hari.
0 comments:
Post a Comment