Sunday 23 March 2014

Laman Web K3C saluran terbaharu keusahawanan Cempaka

Perasmian Laman Web Kelab Keusahawanan Kolej Cempaka (K3C) telah berlangsung pada 22 Mac 2014 di Bilik Rekreasi Kolej Cempaka. 

Majlis bermula jam 9 malam dengan kehadiran tetamu jemputan, Encik Bakri Abdul Karim selaku Pengetua Kolej, Dr Mohammad Hossin, Penyelaras Keusahawanan UNIMAS dan Saudara Syamsul Adli Zaharuddin daripada Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS. Majlis itu juga dihadiri oleh Exco Keusahawanan daripada setiap kolej kediaman UNIMAS.

Dalam ucapan aluan daripada Saudara Muhammad Rizwan Idris, Pengarah Program Laman Web K3C dan juga Exco Keusahawanan JPK Cempaka, beliau menerangkan tentang kandungan yang terdapat dalam laman web tersebut. Beliau juga berharap agar laman web ini akan dapat diambil manfaat oleh semua warga UNIMAS dan Kolej Cempaka.

Encik Bakri Abdul Karim selaku perasmi dalam ucapannya mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada Kelab Keusahawanan Kolej Cempaka yang melangkah setapak ke hadapan dengan membangunkan laman web tersebut. Beliau juga menyarankan agar projek laman web ini akan dapat diteruskan hingga ke masa yang akan datang, dan bergandingan dengan kolej kediaman yang lain.

Perasmi selepas itu menandatangani plak yang turut disaksikan oleh kesemua tetamu jemputan yang lain.

Layari laman web K3C di pautan http://www.ek3c.com .

0 comments:

Post a Comment