Bertempat di Bilik Seminar 1, Kolej Cempaka telah berlangsung Program Santai Bersama Biro Tatanegara pada 10 April 2013 . Cik Ummi Nadra daripada Biro Tatanegara Sarawak telah dijemput bagi memberikan sedikit perkongsian pada program ini .
Pelbagai pengisian yang telah diberikan oleh Cik Ummi Nadra sepanjang tiga jam yang bermula pada jam 10 pagi ini. Antaranya penekanan terhadap konsep 1 Malaysia dan peranan mahasiswa dalam pembentukan sebuah negara yang cemerlang intelek dan keperibadian.
Kehadiran warga Kolej Cempaka dan warga kolej kediaman lain dalam program ini memberi gambaran bahawa mahasiswa UNIMAS senantiasa menyokong ke arah perpaduan dan integrasi kaum di samping semangat patriotik yang sentiasa subur .
Gambar-gambar lain berkaitan program Santai Bersama Biro Tatanegara boleh dilihat di sini .
0 comments:
Post a Comment