Saturday, 6 April 2013

Pertingkat motivasi ke arah peperiksaan PMR

Program Motivasi Bersama Pelajar Tingkatan 3 MRSM Kuching 2013 telah diadakan pada 29 hingga 31 Mac 2013, membabitkan seramai 27 orang fasilitator yang terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Cempaka dan warga Kolej Cempaka serta 121 orang pelajar MRSM Kuching. Program ini adalah anjuran JPK Cempaka dengan kerjasama MRSM Kuching.

Program ini juga telah dimasukkan dalam takwim Program Gerak Gemilang (PGG) PMR MRSM Kuching, sebagai salah satu persediaan pelajar Tingkatan 3 menuju ke peperiksaan besar .

Pelbagai aktiviti yang diatur untuk para pelajar bagi memberikan keseronokan di samping menaikkan motivasi dan semangat pelajar menjelang peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Dalam program 3 hari 2 malam ini, pelajar didedahkan dengan kemahiran mendengar arahan, semangat berpasukan dan kerjasama yang tinggi bagi memastikan kejayaan dapat diraih.

Rata-rata pelajar yang mengikuti program ini berasa sangat gembira kerana mendapat ilmu yang baru di samping dapat mendengar pengalaman daripada fasilitator mengenai alam universiti .

Diharapkan program-program seperti ini dapat diadakan pada masa-masa yang akan datang.



Gambar berkaitan Program Motivasi Bersama Pelajar Tingkatan 3 MRSM Kuching boleh dilihat di sini .
Video berkaitan Program Motivasi Bersama Pelajar Tingkatan 3 MRSM Kuching boleh ditonton di sini .

0 comments:

Post a Comment