Majlis Watikah Angkat Sumpah Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman UNIMAS 2013/2014 telah berlangsung pada 29 November 2013, bermula jam 8 malam. Program yang dianjurkan oleh JPK Sakuran 2013/2014 telah dihadiri oleh Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman, Felo-Felo dan seluruh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman UNIMAS 2013/2014.
Saudara Muhammad Amirul Hj A. Shakri yang merupakan mantan Presiden JPK Cempaka 2012/2013 dalam ucapannya sebagai wakil presiden kolej kediaman menasihatkan JPK yang baharu untuk meneruskan program-program yang mempunyai impak tinggi yang dihasilkan oleh JPK sesi lalu. Beliau juga menasihatkan JPK baharu untuk bersedia menempuhi cabaran yang mendatang dalam menjadikan kolej kediaman sebuah tempat yang terbaik dan sesuai dengan warga kolej.
Perasmi yang juga mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan yang baharu dilantik. Beliau mahu JPK menyeimbangkan pencapaian akademik dan kerja-kerja kolej dalam memastikan matlamat asal warga UNIMAS untuk menimba ilmu sebanyak mungkin.
Majlis Watikah Angkat Sumpah berlangsung bermula dengan angkat sumpah Presiden-Presiden Kolej Kediaman yang disaksikan oleh perasmi dan Pengetua-Pengetua Kolej. Angkat sumpah Majlis Tertinggi dan Exco juga berlangsung diketuai oleh Presiden JPK Cempaka 2013/2014, Saudara Emir Farhan Fadzil.
Gambar Majlis Watikah Angkat Sumpah Jawatankuasa Perwakilan Kolej UNIMAS 2013/2014, klik di sini .
0 comments:
Post a Comment