Majlis Ramah Tamah Bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed telah berlangsung pada 16 September 2013 di Dataran Cempaka. Beliau tiba di Kolej Cempaka jam 3 petang dan diiringi Naib Canselor UNIMAS, Ybhg Prof Dato' Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka 2012/2013.
Dato' Sri Mustapa kemudiannya memberi ucapan dan amanat kepada lebih 30 orang warga Kolej Cempaka yang turut hadir pada majlis berkenaan. Sesi soal jawab bersama pemimpin juga diadakan sejurus selepas ucapan beliau. Beliau juga sudi untuk minum petang di kafetaria bersama warga Kolej Cempaka yang lain sambil berkongsi idea dan mendengar pandangan pelajar.
Pihak pengurusan kolej dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka 2012/2013 ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan Dato' Sri Mustapa Mohamed dan para jemputan ke Kolej Cempaka. Kami ingin memohon maaf sekiranya andai ada kecacatan semasa program berlangsung. Kami amat mengharapkan agar kunjungan kali ini bukanlah yang terakhir, kerana kami senantiasa menantikan kehadiran Dato' Sri pada program yang akan datang.
Gambar ehsan Facebook Fanpage Dato' Sri Mustapa Mohamed, klik di sini.
Gambar Majlis Ramah Tamah Bersama Menteri di MEDIACempaka, klik di sini.
0 comments:
Post a Comment