Sunday, 17 March 2013

Senamtari Mingguan jadikan warga kolej sihat dan ceria

Menjadi motto Kolej Cempaka UNIMAS iaitu Cempaka Cemerlang dan Ceria, pelbagai program dan aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan telah dijalankan. Tubuh badan yang sihat akan menjadikan individu semakin ceria dan lebih bersemangat dalam menghadapi kehidupan di universiti .

Salah satu program bagi tujuan itu, iaitu Senamtari Mingguan telahpun berlangsung bermula 17 Mac, jam 5 petang . Sesi pendaftaran warga kolej telah dijalankan bermula jam 4.30 petang .

Program ini berlangsung pada setiap minggu dan dikendalikan oleh CREATIST .

Kehadiran warga kolej yang menggalakkan saban minggu menjadikan program ini berjaya menarik warga kolej supaya terlibat dalam aktiviti yang berfaedah pada hujung minggu. Selain itu, koreografi senamtari yang menarik daripada CREATIST menjadikan program ini tambah menyeronokkan .

0 comments:

Post a Comment