Exco Keselamatan dan Disiplin Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Cempaka telah mengadakan Latihan Silat Mingguan bermula 5 Mac yang lalu.
Latihan Silat ini bertujuan untuk memperkenalkan seni mempertahankan diri Silat kepada seluruh warga Kolej Cempaka, di samping mengajar warga kolej berkaitan pertahanan diri sekiranya terdapat kecemasan.
Setiap minggu, pelatih-pelatih profesional akan hadir untuk membantu dan mengajar warga kolej berkaitan Silat. Latihan Silat ini berlangsung bermula jam 9 hingga 11 malam bertempat di Dataran Cempaka.
Semua warga kolej dijemput hadir untuk memeriahkan Latihan Silat di samping memberi pendedahan baru kepada warga kolej tentang pentingnya mempelajari seni mempertahankan diri .
Gambar berkaitan Latihan Silat Mingguan boleh dilihat di sini .
0 comments:
Post a Comment