Friday, 27 February 2015

Rapatkan hubungan pelajar dengan MPP

Dalam usaha "Merakyatkan Majlis Perwakilan Pelajar", Road Tour Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS 2014/2015 telah hadir ke Kolej Cempaka pada 26 Februari 2015 di Kafeteria Kolej. Kehadiran hampir kesemua Jawatankuasa MPP pada jam 10.15 malam disambut oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Cempaka 2014/2015. Program yang berlangsung hampir sejam ini menyaksikan MPP yang diketuai oleh Saudara Syahmie berkongsi hala tuju MPP yang akan dilaksanakan...

Tuesday, 30 December 2014

Kolej Cempaka bantu mangsa banjir di Kelantan

Tahun 2014 menyaksikan tragedi banjir besar di seluruh negara, termasuk di negeri-negeri Pantai Timur. Menurut statistik yang direkodkan pada 29 Disember 2014 di negeri Kelantan, kawasan jajahan Kota Baharu mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192). Atas dasar keprihatinan kepada mangsa...

Monday, 22 December 2014

Papar perjalanan kematian banduan

Pementasan Teater Piluk telah berlangsung di 20 Disember 2014 di Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak. Program yang dianjurkan oleh Unit Teater dan Drama CREATIST ini dihadiri oleh pemangku Pengetua Kolej Cempaka, Encik Mazdan Bin Ali Amaran dan Pengurus Asrama, Puan Irmah Dolhan. Teater Piluk mengisahkan watak Lan yang menjalani hari-hari terakhir sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati kerana didapati mengedar dadah. Penonton yang...

Thursday, 11 December 2014

Malam Mesra Cempaka 2014 sederhana tapi meriah

Sederhana, tapi meriah! Itulah yang boleh digambarkan pada program Malam Mesra Cempaka 2014 yang berlangsung pada 10 Disember 2014, di Dataran Kolej Cempaka. Program yang dihadiri lebih 800 orang ini bermula jam 8.30 malam. Antara tetamu jemputan yang hadir adalah Pengetua Kolej, Encik Bakri Abdul Karim; Pengurus Asrama, Puan Irmah Dolhan dan felo-felo kolej. Kehadiran tetamu jemputan disambut dengan persembahan silat dan bacaan qasidah daripada...

Monday, 8 December 2014

Sukan Air, Olahraga kekal momentum juara

Kolej Cempaka terus mengekalkan momentum juara dalam kejohanan sukan apabila berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan pada Kejohanan Sukan Air Antara Kolej Kediaman UNIMAS 2014 pada 29 November dan 30 November 2014. Atlet Kolej Cempaka juga berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan pada Kejohanan Olahraga Antara Kolej Kediaman UNIMAS 2014 dengan memperoleh 13 emas, 13 perak dan 8 gangsa. Kejohanan yang berlangsung 7 Disember 2014 ini menyaksikan...

Thursday, 13 November 2014

Majlis Serah Tugas dan Pengenalan JPK Cempaka 2014/2015

Majlis Serah Tugas dan Pengenalan JPK Cempaka 2014/2015 berlangsung telah berlangsung pada 12 November 2014, di Bilik Rekreasi Kolej Cempaka. Majlis dihadiri oleh Pengetua Kolej, Encik Bakri Bin Abdul Karim dan staf pengurusan serta mantan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Cempaka 2013/2014 dan JPK Cempaka sesi 2014/2015. Pengetua Kolej dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan JPK Cempaka sesi 2013/2014 yang telah membantu...

Monday, 29 September 2014

Hiburan islami dalam Konsert Kembara Sufi 2.0

Konsert Kembara Sufi 2.0 berlangsung pada 27 September 2014 di Arena Gemilang DeTAR PUTRA UNIMAS. Program yang masuk tahun kedua ini dihadiri oleh Dr. Haji Roslan Ali selaku wakil Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS. Tetamu lain yang turut hadir adalah Dr Abdul Halim Busari, Pengarah Pusat Islam; Encik Mazdan Ali Amaran, wakil Pengetua Kolej Cempaka dan Saudara Muhammad Arif selaku Pengarah Program. Konsert kali ini...

Saturday, 6 September 2014

#MAPSept1415 - Cempaka Juara MKM 2014

Kecemerlangan Kolej Cempaka dalam Malam Kesarjanaan Mahasiswa (MKM) Majlis Aluan Pelajar (MAP) UNIMAS 2014/2015 tidak dapat dinafikan lagi apabila berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan MKM yang berlangsung 5 September. Kejayaan ini adalah dengan sokongan daripada semua Liaison Officer (LO) Kolej Cempaka yang membantu menjadikan kemenangan dalam MKM satu realiti. Tahniah dan syabas! Kita Juara MKM! Tahniah dan Alhamdulillah! #MAPSept1415...

Friday, 1 August 2014

Instagram MEDIACempaka Dilancarkan, Info Lebih Pantas Dan Tepat

Seiring arus teknologi yang pantas dalam menyebarkan informasi, MEDIACempaka tidak ketinggalan untuk turut sama melancarkan media sosial terbaharu MEDIACempaka di Instagram di @MEDIACempaka .  Antara liputan yang terawal di Instagram MEDIACempaka adalah Minggu Aluan Pelajar (MAP) 2014/2015 yang bakal berlangsung bermula 1 September 2014. Dengan pelancaran Instagram MEDIACempaka, diharapkan informasi dan maklumat yang terkini dan sahih akan...

Friday, 27 June 2014

Yong Carmen dinobat Miss Preliminary Unimas

Pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) UNIMAS, Yong Carmen telah diumumkan sebagai Miss Preliminary UNIMAS mengetepikan empat pesaing lain. Berita selanjutnya di ruangan Stail Utusan Sarawa...

Monday, 26 May 2014

Malam Apresiasi Cempaka iktiraf warga kolej

Malam Apresiasi Cempaka (MAC) berlangsung pada 25 Mei 2014 di The Banquet Kuching. Majlis diserikan dengan kehadiran Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS. Pada malam yang bertemakan 'Contemporary & Elegant' ini, MAC menghargai jasa dan bakti warga Kolej Cempaka yang mengharumkan nama kolej di persada kolej dan universiti. Prof Mohd Fadzil dalam ucapannya melahirkan rasa bangga dan teruja...